Wednesday, October 27, 2010

TUGASAN KUMPULAN

APLIKASI SENI DALAM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENGENALAN

Seni merupakan satu bidang yang unik. Keunikan bidang ini telah memberikan peluang kepada manusia untuk berada dalam dunianya. Hal ini kerana, ada yang menjadikannya hanya sebagai  minat, kerjaya, sumber pendapatan dan sebagainya. Namun seni tetap berada pada kedudukannya yang tersendiri.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1997), halaman 1244-45, seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan.  Selain daripada itu juga, seni boleh ditafsirkan sebagai membawa maksud atau pengertian kebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat dan sebagainya.
Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik.
Terdapat beberapa tokoh yang memberi pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada tokoh-tokoh seperti Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Selain itu, menurut Howard Gardener (1983) lagi, pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Manakala Hermann (1991) didalam “Quadrant Concept” yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai pendidikan kanak-kanak.
Di samping itu, gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual. Sebagai contohnya Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.
Pengajaran seni dalam pendidikan merupakan salah satu matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.
 Oleh itu, Seni dalam pendidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku. Selain daripada itu juga, Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu, melalui aplikasi seni dalam pengajaran dapat membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga dapat membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Tambahan pula, aplikasi seni juga boleh memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional serta  membantu perkembangan insaniah secara seimbang dan menyeluruh.
.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN

Mata Pelajaran                            : Kajian Tempatan
Kelas                                           : 5 Adil
Bil Murid                                    : 24 orang
Masa                                            : 80 minit
Tarikh                                         : 11 Oktober 2010
Tema                                           : Sejarah Negara Kita
Tajuk                                           : Latarbelakang Parameswara dan Sejarah Pembukaan                           
                                                     Melaka
Objektif Pengajaran                    : Guru menerangkan mengenai latar belakang Parameswara dan                                                                                                                    
                                                       Sejarah pembukaan Melaka. 
Hasil Pembelajaran                     : Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:
                                                                                                                      i.      Menceritakan latarbelakang Parameswara sebagai pengasas Melaka.
                                                                                                                     ii.     Menjelaskan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang.
                                                                                                                   iii.     Menyatakan perjalanan Parameswara dari Palembang ke    Melaka.
                                                                                                                  iv.       Menceritakan peristiwa pembukaan Melaka.

Pengetahuan Sedia Ada                : Beberapa orang murid pernah mendengar, melihat atau  
                                                         pernah melawat negeri Melaka Bandar Bersejarah.
Bahan Bantu Mengajar                 : Gambar, buku teks Kajian Tempatan Tahun 5, kad arahan,
                                                        Lembaran kerja dan LCD.
Nilai-nilai Murni                           : menghargai dan menyayangi negara kita.
Penyampaian                                 : Kemahiran berfikir, kemahiran koperatif, sumbang saran,
                                                        Kaedah pemerhatian, lakonan,inkuiri penemuan


Rancangan Pengajaran Harian


Langkah / Masa
Isi pelajaran
Aktiviti P & P
Catatan
Set induksi
(5 minit)
Pengenalan tajuk
- Guru menunjukkan gambar Kota A Farmosa yang
terdapat di negeri Melaka.
- Berdasarkan gambar, guru menanyakan soalan
kepada murid.
Contoh soalan:
a) Pernahkah murid melihat
gambar ini?
b) Apakah yang dapat dilihat
melalui gambar ini?
c)     c) Di negeri manakah terdapatnya kota A Farmosa ini?
- Guru mengaitkan topik pelajaran hari ini, iaitu
pengasasan Melaka

KBKK:
Menjana idea

Kemahiran:
Berfikir, melihat, mendengar

ABM :
Gambar


LANGKAH 1 (15 minit)



- Guru meminta murid merujuk buku teks Kajian Tempatan Tahun 5, halaman 51-52.
-Murid diminta membaca petikan ”Pengasasan
Melaka” yang terdapat pada halaman tersebut.
-Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid yang mengandungi soalan berkaitan latar belakang Parameswara dan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang.
- Guru bersoal jawab dengan murid jawapan bagi
lembaran kerja yang diberikan.
-Guru membincangkan jawapan murid dan memberi
penjelasan lanjut tentang latarbelakang Parameswara
dan sebab-sebab Parameswara berhijrah.

Kemahiran :
berfikir, mendapatkan
maklumat, memproses
maklumat, menyampaikan
maklumat

ABM:
Buku teks,
Lembaran kerja
Slide power point

Nilai : Bersyukur
dan berbangga









Langkah 2
(15 minit)








-Murid diminta merujuk petikan ”Pengasasan
Melaka”di dalam buku teks Kajian Tempatan.
-Secara berpasangan murid diminta menanda dan melabel perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka pada peta Asia Tenggara berdasarkan maklumat dalam petikan tersebut.
-Guru memilih murid secara rawak untuk membentangkan peta perjalanan Parameswara. -Guru membincangkan jawapan murid dan menerangkan dengan lebih lanjut peta perjalanan
Parameswara.

ABM :
Buku teks Kajian Tempatan, Peta Asia Tenggara, Slide Power point

Nilai Murni :
Kerjasama

LANGKAH 3 (25  minit )

-Guru menayangkan sajak perjuangan dan sedutan
animasi kepada semua murid.
-Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
- Setiap kumpulan diagihkan satu tugasan iaitu melakonkan peristiwa pembukaan Melaka
berdasarkan skrip yang diberi.
-Murid perlu menggunakan kreativiti sendiri bagi
melakonkan watak yang diberikan
Kaedah:
Koperatif , kolaboratif

TKP – Verbal linguistik, visual ruang, interpersonal,
kecerdasan muzik, naturalis

ABM :
Kad arahan Skrip ”Bagaimana Melaka mendapat nama”

LANGKAH 4 (15 minit)

- Pembentangan /persembahan hasil kerja kumpulan
-Guru merumuskan hasil lakonan tadi dengan peristiwa pembukaan Melaka
Kaedah:
Koperatif , kolaboratif

TKP – Verbal linguistik,
visual ruang, interpersonal,
kecerdasan muzik, naturalis

Nilai murni :
Bekerjasama

PENUTUP
(5 minit )

-Guru merumuskan kembali pelajaran hari ini dengan mengimbas kembali pengasas Melaka dan peristiwa yang membawa kepada pembukaan Melaka.
-Guru memberi pengukuhan dengan soalan kuiz ringkas menggunakan multimedia.
-Aktiviti susulan :
Murid diminta membuat sebuah laporan pendek tentang peristiwa Pembukaan Melaka sebagai kerja rumah. Mereka juga diminta melakar semula peta perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka
dalam laporan tersebut.


KBKK :
Menjana idea

Strategi :
Penerapan




REFLEKSI
Di akhir pembelajaran , pelajar merasa gembira dan terhibur dengan aktiviti yang dijalankan pada hari ini. Hal ini demikian kerana, pembelajaran pada hari ini diselitkan dengan unsur-unsur kesenian, di mana pelajar memainkan peranan dengan melakukan lakonan dan berpuisi untuk menjayakan pembelajaran pada hari ini. Melalui subjek ini juga pelajar dapat menghayati dan merasai sendiri situasi yang ingin disampaikan oleh guru, keadaan ini sekali gus membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan dan lancar.
Di samping itu, pelajar juga dapat memupuk nilai kerjasama di antara mereka. Nilai kerjasama ini dapat dilihat melalui kerjasama ditunjukkan dalam aktiviti yang dijalankan pada hari ini. Walaupun setiap pelajar memainkan peranan masing-masing, namun mereka masih lagi bekerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri dalam menjayakan  aktiviti yang dianjurkan oleh guru. Keadaan ini jelas menggambarkan bahawa nilai murni masih lagi menjadi tunjang dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, melalui aktiviti yang dijalankan juga hubungan antara guru dan pelajar terjalin dengan lebih erat. Hal ini dapat dilihat melalui penglibatan guru secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan. Keadaan ini membolehkan pelajar senang berinteraksi dan beramah mesra dengan guru tanpa ada halangan dan sekali gus menjadikan hubungan antara guru dan pelajar bertambah erat.


ARTIKEL SENI

artikel dari:
Prof. Madya Hj. Iberahim
Dekan
Fakulti Sains Sosial dan Kesenian
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pertukaran nama daripada Seni Lukis dan Pertukangan Tangan kepada Pendidikan Seni pada awal tahun 1980an apabila KBSR diperkenalkan dan seterusnya akan bertukar semula namanya kepada Pendidikan Seni Visual pada 2002 tentulah berlatar belakangkan rasional yang amat signifikan. Ianya memberi kesan yang jelas kepada matlamat dan objektif keseluruhan mata pelajaran ini. Kandungan mata pelajaran pun akan berubah atau bertambah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga akan berubah mengikut keperluan seterusnya akan mempengaruhi strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga. Yang tidak kurang pentingnya ialah falsafah, kepercayaan dan amalan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu selari dengan falsafah dan matlamat mata pelajaran ini.

Pada hari ini dan beberapa tahun kebelakangan berbagai-bagai pihak yang bergiat dalam pendidikan seni visual sama ada secara individu maupun oleh institusi, kerajaan dan badan bukan kerajaan berusaha dengan berbagai-bagai pendekatan dan kaedah untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni (visual) ini ke atas landasan yang benar agar martabatnya selari dengan mata pelajaran sekolah yang lain. Dalam usaha ke arah itu beberapa isu yang bersangkutan dengan keberkesanan pedagogi mata pelajaran ini perlu dijelaskan.

Pendidikan Seni Visual-Seni Halus-Seni Kraf : Kecelaruan Konsep “Art Education” kini kita panggil Pendidikan Seni (Visual) sebagai satu mata pelajaran. Kita perlu menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran ini. Kerana sehingga kini dari pengamatan dan kajian saya masih terdapat berbagai-bagai tanggapan dan tafsiran tentang pendidikan seni (visual) ini. Kerana apabila disebut pelajaran pendidikan seni ada yang beranggapan sebagai suatu aktiviti seni yang merangkumi kegiatan melukis dan membuat gambar atau lebih kepada bidang seni halus. Adakah seni halus itu serupa dengan pendidikan seni visual? Ada setengah pihak pula beranggapan Pendidikan Seni menjurus kepada kerja-kerja menghasilkan produk kraf. Ada yang beranggapan pendidikan seni visual kini lebih berbentuk akademik dengan mengajukan bidang sejarah dan apresiasi seni .

Kesamaran ini perlulah dijelaskan. Bidang-bidang ilmu itu mempunyai falsafah dan struktur ilmu yang khusus masing-masing menjurus kepada matlamat yang berlainan. Sekiranya pemikiran dan kepercayaan yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana seorang guru itu dapat mendukung falsafah dan matlamat matapelajaran yang diajar. Kesannya ialah akan berlaku penyempangan dan mengawal proses pendidikan yang mengikut selera yang tidak tentu arah dan matlamatnya. Akhirnya mata pelajaran ini seperti ayam kehilangan ibu dan seperti layang-layang putus tali.

Usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum untuk menjelaskan konsep pendidikan seni ini. Jikalau diteliti kesemua peringkat sukatan pelajaran pendidikan seni yang disediakan sudah jelas pengertian dan matlamatnya. Tetapi kecelaruan itu masih berlaku dalam kepercayaan dan amalan di bilik darjah atau ketika proses pengoprasian dilakukan . Nilai-nilai pendidikan tidak berjaya diamalkan dalam proses P&P Pendidikan Seni di bilik darjah tumpuan lebih kepada matlamat menghasilkan produk semata-mata. Untuk menjelaskan lagi konsep Pendidikan Seni itu, menurut Eisner (1972) terdapat tiga komponen dalam P&P yang saling berkait iaitu, berpusatkan pelajar, subjek dan masyarakat. Ini selari dengan pendapat para akademik seperti Ralph Tyler yang membahaskan bahawa semua teori-teori dan program pendidikan mesti berfokus kepada tiga komponen tersebut.

Pendidik mata pelajaran ini harus jelas akan 3 persoalan di bawah ini:
           Siapa yang kita ajar
          Mengapa kita mengajar
          Apa yang kita ajar (Laura Chapman 1978)

Siapa yang kita ajar: Merujuk kepada kanak-kanak di sekolah bermula di peringkat tadika hinggalah remaja di sekolah menengah malah hingga orang dewasa yang mengikuti pendidikan sepanjang hayat (life long education). Mengapa kita mengajar: Jawapan persoalan ini merujuk kepada apalah matlamat dan objektif khusus yang jelas ialah untuk membantu memperbaiki masyarakat supaya kehidupannya lebih selesa. Membantu pelajar kita agar kehidupan masa hadapannya lebih sempurna. Apa yang kita ajar: Yang kita ajar adalah proses mengurus dan mempermudahkan struktur ilmu Pendidikan Seni agar domain kognitif pelajar berkembang, menerapkan nilai-nilai dalam pembentukan sahsiah pelajar agar domain efektifnya terbentuk dan meningkatkan kemahiran psikomotor mereka.

Masalah Mentafsir Kandungan Pendidikan Seni Visual ke dalam bentuk Operasi di bilik darjah: Beberapa unsur terlibat dalam proses ini, pertamanya sejauh mana penguasaan ilmu dikalangan kita yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini. Keduanya setakat mana keupayaan kita berupaya mengurus unsur-unsur dalam kurikulum pendidikan seni. Ketiga setakat mana kita jelas tentang keperluan murid-murid atau pelajarnya ketika belajar pendidikan seni. Keperluan dari segi psikologi, sosial, fizikal, emosi dan sebagainya. Keempatnya setakat mana kita mampu menguruskan masa berbanding dengan jumlah kandungan yang hendak diajar dan dengan kemudahan yang ada. Kelimanya apakah kepercayaan kita kepada konsep perancangan, adakah kita mengamalkan kepercayaan “selesaikan semua isi kandungan yang dirancang, “buat sahaja perancangan pelajaran tahun lalu” atau sikap ambil mudah dalam merancang rancangan pelajaran pendidikan seni. Keenam kretiviti guru mengatasi masalah “kekurangan”.

           Yang jelas ialah perlunya memiliki pengetahuan yang mencukupi dan sikap yang positif terhadap tugas sebagai guru pendidikan seni. Latihan yang didapati di maktab atau universiti belum menjamin keberkesanan guru dalam menyediakan pelajaran pendidikan seni ini kerana guru perlu mengemasakinikan dirinya dengan pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran baru yang boleh mempengaruhi tingkah laku guru untuk bertindak secara lebih positif dalam mentafsir kandungan pelajaran ini sesuai dengan keperluan dan perubahan semasa. Konsep DBAE umpamanya tidak pernah dipelajari ketika berkursus dalam tahun 70an atau 80an. Tetapi konsep atau struktur kurikulum berdasarkan empat disiplin ilmu pendidikan seni ini merupakan amalan terkini di peringkat antarabangsa. Sukatan pelajaran pendidikan seni (visual) terpengaruh dengan perubahan ini. Persoalannya adakah guru-guru di sekolah rendah atau menengah sedar tentang keadaan ini. Sesuatu perubahan baru tentangnya perlu disampaikan kepada guru-guru di sekolah. Oleh itu perlulah diusahakan suatu makanisma bagaimana maklumat seperti ini sampai kepada para guru. Kepada yang menguasai ICT mereka mampu mendapatkan maklumat terkini dengan melayari internet. Suatu cara lain ialah melalui jurnal yang diterbitkan oleh pihak-pihak tertentu. Yang pentingnya ada pihak yang bertanggungjawab untuk menulis menerbit dan mengedarkannya. Suatu cara lagi adalah melalui kursus-kursus pendek dalam pendidikan seni perlu selalu diadakan oleh pihak tertentu sama ada dianjur oleh pihak kementerian atau institusi pengajian tinggi yang lain.

Hanya dengan ilmu dan kemahiran yang ada berserta dengan jelas falsafah, matlamat dan objektif barulah seseorang guru pendidikan seni itu dapat merancang pelajaran dengan berkesan. Kandungan sukatan pelajaran boleh ditafsir dengan tepat seperti yang dikehandaki. Setiap tajuk pelajaran dapat dikembangkan kepada pelajar secara bersepadu dengan menitikberatkan kepada memperkayakan pengalaman pelajar menerusi proses pembelajaran bersepadu. Sebagai contoh suatu proses pelajaran yeng berkaitan dengan komposisi dalam membuat gambar. Proses pembelajaran tidak mungkin boleh diselesaikan dalam masa satu sesi pelajaran sahaja. Seharusnya pelajar didedahkan dahulu dengan konsep gubahan dalam sebuah catan dengan merujuk beberapa contoh seniman tempatan atau antarabangsa. Sesi ini pelajar bersama-sama meneroka dan mencari maklumat yang dirangsang oleh guru, secara tidak langsung sesi kritikan berlaku, pelajar boleh membuat perbandingan, seterusnya membuat rumusan. Sesi berikut pelajar boleh menggunakan kriteria, gubahan dari mana-mana seniman yang dipilih kemudian membuat gambar, mungkin menggunakan kaedah peniruan itu tidak salah kerana ia merupakan suatu proses belajar. Setelah mereka faham dan mengenalpasti konsep gubahan dalam catan mereka perlu membuat sebuah cipataan berdasarkan kefahaman mereka sendiri dengan mengambil kira peraturan- peraturan dalam membuat sebuah gubahan yang telah mereka temui. Sesi berikutnya disusuli dengan sesi kritikan tentang kerja-kerja mereka pula.

Melalui proses di atas pelajar diberi ilmu bagaimana untuk membuat sebuah gubahan yang baik (merujuk kepada data-data dari guru dan seniman terpilih) dengan ilmu itu pelajar menggunakan sebagai latihan, konsep dalam gubahan bertambah, kamahiran juga bertambah melalui latihan, proses pengamatan semakin matang maka pelajar semakin yakin kepada keupayaan dirinya untuk terus berkreatif. Dalam proses ini yang penting adalah :
• peningkatan ilmu dalam membuat gubahan
• peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni
• peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni

            Latihan dan Kursus Pendidikan Seni di peringkat Maktab Perguruan dan Institusi Pengajian Tinggi: Apabila seseorang graduan atau guru awalan yang berkelulusan seni, pendidikan seni atau yang berkaitan dengan seni visual melangkah kakinya ke sekolah mereka akan membawa bersama pengalaman semasa latihannya ke sekolah. Setiap institusi membekalkan pengalaman pelajarnya berdasarkan matlamat dan objektif latihan masing-masing. Latar belakang pengalaman graduan itu bergantung kepada bidang kepakaran (pengkhususannya) ditambah dengan kursus diploma pendidikan selama setahun atau seumpamanya. Sedangkan ruanglingkup isi kandungan dalam sukatan pelajaran pendidikan seni sekolah menengah dan sukatan pelajaran baru pendidikan seni STPM begitu luas sekali. Untuk menjadi sebagai seorang guru pendidikan seni yang berkesan latihan yang didapati di institusi pengajian tinggi itu masih tidak mencukupi, kecuali pengajaran pendidikan seni disekolah menengah dilakukan berdasarkan pengkhususan bidang masing-masing. Jikalau sebaliknya apabila guru golongan ini diminta mengajar keseluruhan tajuk-tajuk pelajaran ini bagi satu-satu tingkatan sedangkan beliau mahir dalam suatu bidang pengkhususan sahaja maka beberapa tajuk lain akan tertinggal, kerana kurang mahir dan tidak berkeyakinan untuk mengajar. Sekira ini yang berlaku maka konsep pendidikan seni akan menjadi lebih terkeliru di peringkat ini.

              Seperkara lagi corak latihan yang diterima oleh bakal-bakal guru di maktab perguruan. Rata-rata bakal guru ini akan mengajar di sekolah rendah. Pendidikan seni di peringkat sekolah rendah merupakan tahap pembentukan konsep yang amat penting. Hubungan antara pelajaran pendidikan seni dan kanak-kanak sekolah rendah khususnya di tahap satu amatlah signifikan. Pelajaran pendidikan seni di peringkat ini lebih merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh kanak-kanak. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori perkembangan. Dan pendidikan seni kepada kanak-kanak adalah lebih kepada keperluan eksprasif, di samping perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan psikomotor mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan. Oleh itu guru-guru pendidikan seni perlulah benar-benar terlatih dalam bidang ini. Persoalannya sejauh manakah latihan yang mereka lalui. Adakah hal tersebut merupakan fokus latihan bagi kursus pendidikan seni untuk bakal guru sekolah rendah ? “Siapa saja boleh mengajar Pendidikan Seni”, Pendidikan Seni “pelajaran yang tidak ada potensi”

Seperkara lagi yang menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni adalah tanggapan masyarakat sekolah yang sering beranggapan bahawa : sesiapa sahaja boleh mengajar pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru-guru “berehat” setelah penat mengajar mata pelajaran lain yang “lebih berat”. Selagi tanggapan ini tidak dibetulkan selagi itulah mata pelajaran ini beransur-ansur lenyap dari pandangan positif masyarakat sekolah. Kerana tanggapan inilah menjadikan pelajaran ini semakin sehari semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Malahan ada kalangan guru yang pernah terlatih dalam pendidikan seni merasa malu mengajar pelajaran ini, mereka lebih rela mengajar pendidikan jasmani, dan pelajaran lain yang lebih “glamour”.

Selagi pelajaran ini diajar oleh mereka yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif dalam menyediakan pelajaran maka selagi itulah konsep dan roh pelajaran pendidikan seni itu tidak akan hidup di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan memandang sepi mata pelajaran ini. Kesannya akan menimbulkan masalah kepada guru-guru pendidikan seni yang bersemangat untuk mengajar kerana pelajar-pelajarnya menolak untuk belajar pendidikan seni, Ini berlaku kerana berdasarkan pengalaman mereka pelajaran pendidikan seni adalah pelajaran untuk berseronok kosong, hambar, kosong, “masa rehat” , dan tiada nilai masa depan serta tiada yang baru, belajar dari sekolah rendah hingga ketingkatan lima benda yang sama saja . (Respon pelajar terhadap soal selidik persepsi pelajar terhadap pandidikan seni, 1999 di kawasan Batang Padang)

Untuk merubah persepsi pelajar ini memerlukan pengorbanan yang besar. Guru perlu gigih dan sabar, perlu memiliki motivasi yang tinggi. Guru perlu menguasai keperluan sebenar pelajar mempelajari pelajaran ini. Tahap awal guru perlulah menanamkan keyakinan kepada pelajarnya bahawa pelajaran ini “berbaloi untuk belajar” Pelajaran perlulah memiliki unsur istimewa yang mendorong pelajar untuk terlibat sama walaupun terpaksa mengeluarkan wang, tenaga dan masa. Mereka sanggup melaluinya sekiranya pendidikan seni itu menarik, berpotensi, berbaloi untuk belajar, ada nilai keilmuannya. Untuk ini guru terpaksalah menggunakan berbagai kaedah untuk memotivasikan pelajarnya melalui berbagai strategi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga perlu didedahkan kepada berbagai bidang dan jenis kerajaya yang boleh membuka mata mereka bahawa mempelajari pelajaran pendidikan seni ada potensi dalam kerjaya jikalau diberi tumpuan bersungguh-sungguh.

Memertabatkan pelajaran Pendidikan Seni Selari dengan matapelajaran yang lain: Isu untuk memertabatkan matapelajaran pendidikan seni seiring dengan mata pelajaran yang lain bukanlah suatu isu yang baru. Saya percaya guru-guru yang mencintai bidang ini sentiasa memperjuangkannya. Pada dasaranya matapelajaran pendidikan seni adalah tergolong dalam kumpulan matapelajaran asas dari sekolah randah hingga tingkatan tiga. Sama tarafnya dengan mata pelajaran sejarah, geografi, kemahiran hidup, pendidikan jasmani dan kesihatan dan sebagainya. Agihan jam interaksinya dalam seminggu pun sama iaitu tiga waktu seminggu.

              Apabila seseorang pelajar sekolah menengah tamat peperikasaan SPM mereka yang mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia boleh menunjukkan keupayaannya dalam berbahasa samaada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Begitu juga mereka yang lulus dalam matematik mampu menyelsaikan masalah matematik berdasarkan ilmu pengetahuan yang mereka kuasai. Pelajar dari bidang vokesional dan teknikal pula mampu memperlihatkan kemahiran-kemahiran mereka, sesetengahnya menguasai kemahiran asas sebagai persediaan untuk peringkat pengajian lebih tinggi atau menceburi di bidang pekerjaan.

Persoalan dan kerisauan saya adalah mereka yang mendapat kepujian dalam pendidikan seni di peringkat SPM, apakah istimewanya mereka. Adakah mereka memiliki tahap ilmu seni setara dengan peringkat SPM seperti mata pelajaran yang lain ? Adakah mereka memiliki daya kreativiti yang tinggi, setara dengan SPM. Adakah kemahiran mereka dalam penciptaan dan penghasilan karya seni setara dengan kemahiran-kemahiran mata pelajaran lain di peringkat SPM. Adakah kita sudah merasa puas tentang tahap pendidikan seni sekarang ? Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas kita boleh jadikan objektif-objektif pelajaran pendidikan seni sebagai landasan ukuran.

Keduanya kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi kandungan mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu sekolah rendah hinggalah ke tahap SPM. Ini adalah kemahiran membuat perancangan tahunan bagi setiap tahap Peringkat STPM, PPK telah berjaya memperlihatkan suatu tahap mutu kandungan yang setara dengan kedudukannya, walaupun masih di peringkat permulaan tetapi jauh lebih bermutu berbanding dengan kandungan sukatan pelajaran lama. Ketiga , sudah sampai masanya mata pelajaran ini memiliki buku rujukan atau sekurang-kurangnya ada buku panduan. Soalannya berbalik semula kepada isu yang di atas iaitu bergantung kepada keupayaan guru menterjemah isi kandungan ke dalam bentuk operasi dalam P&P di bilik darjah. Keempatnya sebagai mata pelajaran sekolah , keperluan asasnya dari segi infrastruktur perlulah diberi perhatian. Sudah sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya satu bilik seni yang lengkap sama seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains Rumahtangga atau matapelajaran Sains. Kelima: Hanya guru yang layak sahaja mengajar waktu pelajaran ini. Keenamnya, mungkinkah Seni memiliki sekolah menengah khasnya seperti juga sekolah sukan ? seperti ura-ura jabatan Pendidikan Johor ?

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni: Apakah pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar Pendidikan Seni? Adakah kita henya menggunakan pendekatan p&p yang steriotaip sahaja? Sebenarnya terdapat berbagai pendekatan yang bolah kita amaklan agar proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini lebih menarik. Sebagai contohnya guru bolah menggunakan: Pendekatan Kemanusiaan dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Menurut Michael (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menerusi proses pembelajaran yang berlandaskan pendekatan kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan kelompok-kelompok masyarakat kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan mereka , memiliki konsepsi diri yang jelas dan boleh menyatakan pernyataan diri mereka secara kreatif melalui media. Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan yang boleh digarap maklumatnya daripada karya atau pernyataan seni yang boleh dikesan pada mana-mana bentuk seni atau mana-mana karya seni. Pendekatan Behaviorisme Ahli behaviorisme mempercayai tingkah laku pelajar boleh dibentuk melalui pengalaman-pengalaman pendidikan yang disediakan. Perancangan Pendidikan Seni yang berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar adalah penting untuk memastikan kejayaan yang lebih berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran. Aspek asas kepada pendekatan ini adalah guru-guru perlu mematuhi disiplin untuk pencapaian sesuatu matlamat yang telah ditentukan dengan mengenalpasti keutamaan, mengaplikasi kaedah-kaedah penyelidikan terhadap tugas-tugas pengajaran dari semasa ke semasa dan bersedia untuk mereka bentuk alat-alat untuk pengujian dan penilaian dalam pembelajaran dan pengajaran seni.

              Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh guru adalah untuk menentukan tingkahlaku berasaskan objektif kurikulum pendidikan seni. Apakah tingkah laku yang relevan untuk Pendidikan Seni? Bagaimana seseorang itu boleh mencapai perubahan tingkah laku ketika belajar Pendidikan Seni? Sampai ke tahap manakah sesuatu perubahan itu dinilai ? Matlamat dan objektif manakah yang digunakan sebagai ukuran untuk sesuatu penilaian. Bolehkah dikenalpasti apa yang boleh dipelajari, apa yang akan diajar dan tingkah laku pelajar yang macam mana yang perlu dibentuk?

Pengamatan sebagai pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni. Merujuk kepada objektif pelajaran Pendidikan Seni sama ada untuk sekolah menengah atau rendah, salah satu tujuan pembelajaran Pendidikan Seni adalah untuk menajamkan persepsi pelajar. Semua pembelajaran Pendidikan Seni menitikberatkan kepada persepsi (pengamatan) proses mendapat pengetahuan, melayani perasaan dan pernyataan semuanya berlaku menersui deria kita. Sesetengah berpendapat pengamatan melalui deria itu adalah kunci kepada segala ilmu dan pengetahuan. Ianya adalah tingkah laku asas dalam proses seseorang melengkapkan ilmu pengetahuan melalui penerokaan alam persekitrannya. Proses pengamatan melibatkan seseorang itu membuat penelitian, menganalisis, mengsintesis dan menilai. Ia merupakan suatu proses mengurus maklumat yang memerlukan tindakan integrasi secara kreatif. Proses ini juga memerlukan seseorang itu berfikir secara terbuka dan lebih bersifat luwes. Dalam kurikulum Pendidikan Seni aktiivti pengamatan ini telah ditetapkan supaya dilaksanakan mulai dari awal persekolahan hinggalah ke tingkatan menengah atas, Amalannya adalah mengikut tahap keupayaan pelajar. Guru-guru perlu menguasai dan mengenalpasti tahap keupayaan pengamatan pelajarnya dan menggunakannya untuk tujuan perancnagan pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mengembangkan keupayaan pengamatan ini perlu dikenalpasti. Aktiviti yang boleh membantu pelajar untuk memajukan pengamatan, dan meningkatkan proses kematangan deria perlu disediakan. Program-program perlu disediakan sehingga berjaya membawa perubahan secara mampan terhadap aras kepekaan pengamatan pelajar. Pendekatan Perkembangan Menyeluruh Pendidikan seni adalah merupakan bidang ilmu yang menjelaskan konsep pendidikan menyeluruh, yang memenuhi tuntutan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ini sejajar dengan Falsafah PendidikanNegara. Kneeth M. Lancing (1971), pada dasarnya manyatakan bahawa pendidikan seni perlu memfokuskan perhatian kepada tiga domain utama tersebut. Antara kandungan yang ada di dalam ketiga-tiga domain tersebut adalah; Domain Kognitif : iaitu ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan apresiasi, estetika serta seni dalam kehidupan. Domain Afektif : iaitu suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. Domain Psikomotor: iaitu menumpukan kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata , tangan, otot dan mental. Seterusnya pelajar yang berbakat akan menjadi penggiat seni dan yang kurang berbakat atau berkemahiran akan menjadi penggemar atau pengkritik seni yang mahir serta berilmu pengetahuan hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni.

Kesimpulannya banyak isu-isu lain yang tidak diutarakan di sini umpamanya isu yang berkait dengan pendidikan merangkupi era ICT dan seumpamanya. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada Kementerian Pendidikan di bawah urusetia Pusat Perkembangan Kurikulum dan unit-unit lain yang telah berusaha untuk meletakkan matapelajaran pendidikan seni ini ke tahap yang sewajarnya. Usaha untuk mengemaskini kualiti sukatan pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM dan STPM telah dan sedang dilakukan. Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil dari semua peringkat sistem pendidikan Negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya telah jelas. Isi kandung pelajaran dan ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras dengan tahap sukatan pelajaran. Dengan harapan agar mata pelajaran pendidikan seni dapat memenuhi harsat wawasan dan falsafah pendidkan kebangsaan, dalam usaha untuk memberi persediaan kepada generasi muda dengan ilmu, nilai dan kemahiran kepada generasi muda dengan personality sebagai rakyat Malaysia yang cemerlang untuk generasi akan dating. Ini adalah harapannya. Realitinya diminta kita sama-sama membuat renungan. Sejauh manakah kita telah melaksanakan peranan kita untuk merealisasikan harapan itu. Sejauhmanakan kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita dengan menguasai dan mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat pengajaran, supaya pelajaran pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan bermakna dari perspektif pelajar Daripada isu-isu yang telah diketengahkan di atas, mungkin kita perlu mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama dengan memberi pandangan dan idea dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu diadakan dengan lebih kerap lagi, mungkin melalui kelompok perbincangan yang lebih kecil . Semuga dengan itu dapat memartabatkan pelajaran pendidikan seni ini ke tempat yang sewajarnya.

Rujukan:
Abelson, R.P. & Rosenberg, M.J. (1958). Symbolic Psychology A Model of Attitudinal
Cognition. Behavior Science.
Al Hurwitz , Day, Michael (1996). Children and Their Art, (Sixth Ed.) New York: Havcourt Brace College Pub
Arnhem. R. (1974) Art and Visual perception. L.A. University of California Press.
Chapman, Laura H. (1978). Approaches to Art in Education. New York: Havcourt Brace Jovanovich Inc.
Dewey, John (1934). Art As Experience. New York: Minton Balco and Company.



PENDEKATAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA MENERUSI LAGU DAN MUZIK BERASASKAN KOMPUTER BAGI MURID TAHUN SATU
Tiong Leh Ling & Zaidatun Tasir
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK
Masalah keciciran menguasai kemahiran membaca masih berlaku dalam kalangan murid-murid Sekolah Rendah di negara kita bahkan di luar negara. Teori Pembelajaran Bruner telah menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai kemampuan simbolik semasa Tahun Satu jika didedahkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan dapatan kajian-kajian lepas di luar negara, pendekatan pembelajaran menerusi lagu dan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca didapati amat berkesan. Justeru, penyelidik ingin mengkaji potensi dan keberkesanan pendekatan pembelajaran kemahiran membaca menerusi lagu dan muzik berasaskan komputer di negara kita.

1.0  Pengenalan

            Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang perlu dipelajari sama ada di Sekolah Kebangsaan mahupun di Sekolah Jenis Kebangsaan. Saranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewajibkan para pelajar lulus mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat PMR dan SPM adalah amat baik bagi memartabatkan Bahasa Melayu di negara kita. Ini kerana Bahasa Melayu bukan sahaja merupakan bahasa ibunda kita malahan ia merupakan bahasa utama yang sering diguna selain daripada bahasa Inggeris.

            Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari Tahun Satu lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan.

2.0  Latar Belakang Masalah

            Jabatan Pendidikan Khas, dalam Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas melaporkan bahawa antara 10 hingga 15% dalam kalangan muridmurid sekolah masih menghadapi masalah kegagalan menguasai 3M khususnya kemahiran asas membaca (Kementerian Pendidikan Malaysia 1999). Utusan Malaysia (2006) pula ketika memetik pendedahan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Siva Subramaniam yang menyatakan bilangan murid lemah membaca adalah terlalu ramai iaitu menjangkau jumlah lebih daripada 500,000 orang murid yang kebanyakannya terdiri daripada murid tahun enam. Menurut Utusan Malaysia, jumlah ini mewakili 25% daripada dua juta murid-murid sekolah rendah di seluruh _omput. Beliau turut menyarankan agar program pendidikan pemulihan di sekolah diperhebatkan dengan mempelbagaikan pendekatan agar masalah ini dapat
ditangani secara berkesan.

            Setelah 30 tahun pelaksanaannya, Program Pendidikan Pemulihan masih belum berkesan sepenuhnya dalam usaha menangani masalah penguasaan 3M khususnya kemahiran asas membaca dalam kalangan pelajar-pelajar pemulihan, serta mempastikan 100% celik huruf dalam pendidikan (Charlie, 2008). Menurut komputer yang dilaporkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur (1996), kebolehan membaca bagi kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun ialah bahasa Melayu 57%, bahasa Mandarin 11%, bahasa Inggeris 5%, Tamil 3% dan Jawi 3%. Hasil kajian yang dijalankan oleh Zainora (2005) telah mendapati keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Merting, Jerantut, berada pada tahap yang tidak memuaskan. Majoriti kelas tidak mencapai sasaran sekolah iaitu 80%. Selain itu, terdapat lebih kurang lima peratus murid yang markah peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di bawah 20 markah. Hasil tinjauan dilakukan menunjukkan bahawa murid-murid ini tidak menguasai kemahiran membaca. Masalah ini menyebabkan mereka lambat memahami kehendak soalan dan juga menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan menjawab tanpa membaca soalan. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Roziah (2005) di Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan, Jerantut, Pahang Darul Makmur, seramai 10 orang daripada 27 orang murid Tahun Satu begitu lemah dalam membaca. Menurut Rahmalizah dalam Meran (2006), jumlah kanak-kanak yang tidak tahu membaca ini semakin membimbangkan.

            Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pekelilingnya KP/JPK/BPKP/03/03/1 (43) (1998), telah mencadangkan agar semua sekolah rendah dan menengah di seluruh _omput melaksanakan program intervensi 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) mulai Januari 1999. Keadaan ini memperlihatkan betapa seriusnya masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di seluruh _omput. Pada tahun 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan kajian dan mendapati seramai 138,271 murid tahun satu di Semenanjung Malaysia dengan 35.52% tidak menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (Md. Fuzi, 2007). Bagi membendung masalah ini, program KIA2M telah dilancarkan secara rasminya oleh Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Ahamad bin Sipon, Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 20 April 2006 di Hotel Pearl International, Kuala Lumpur. Objektif program ini ialah untuk memastikan 100% murid tahun satu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam bahasa Melayu sebelum melangkah ke tahun dua. Program KIA2M telah mendatangkan hasil yang memuaskan di mana seramai 69,691 murid telah menguasai kemahiran 3M dalam ujian yang diadakan pada bulan Jun dan July, 2006  (Bernama.com., 2006). Justeru, bagi memastikan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun Satu secara lebih berkesan, penyelidik bercadang menggunakan pendekatan pembelajaran menerusi lagu dan muzik berasaskan komputer untuk meningkatkan lagi penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun Satu.

3.0 Masalah Kemahiran Membaca Dalam Konteks Luar Negara

            Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia menghadapi masalah dalam membaca. Selain itu, 40% kanak-kanak yang berumur sembilan tahun di Amerika Syarikat berada di bawah purata tahap kebolehan membaca (U.S. Department of Education, 1998). Seramai lapan hingga 12% kanak-kanak prasekolah dan 12% kanak-kanak tahun Satu menghadapi masalah penguasaan bahasa iaitu lemah dalam kemahiran mendengar dan membaca di Amerika Syarikat dan Kanada (Jamieson, 2007). Kelemahan dalam penguasaan bahasa dan kemahiran membaca di peringkat prasekolah akan berlanjut dari peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa dan seterusnya (Catts, Fey, Tomblin, & Zhang, 2002; Lewis & Freebairn, 1992; Roth, Speece, & Cooper, 2002; Snowling, Bishop, & Stothard, 2000 dan Law, Boyle, Harris, Harkness & Nye, 1998).

3.0  Keberkesanan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran

            Banyak kajian yang dijalankan dalam masa 20 tahun yang lalu mendapati Computer- Based Learning (CBL) telah menjadikan sistem pengajaran lebih berkesan dan persekitaran pembelajaran menjadi lebih efisien (Howell, 1971; Hess & Tenezakis, 1973; Papert, 1980; Hannafin, 1984; Menis, 1987 dan Ellington & Race, 1993). Selain itu, banyak kajian juga telah menunjukkan bahawa komputer berpotensi dalam membantu murid memperbetulkan kerangka alternatif dan meningkatkan pencapaian akademik murid dalam mata pelajaran sains (Lazaroqitz & Huppert, 1993; Rogers & Wild, 1996; Cracolice & Abraham, 1996 dan Friedler et al., 1989). Begitu juga hasil kajian Okolo, Bahr & Reith (1993) juga telah mendapati bahawa pengajaran berbantukan komputer merupakan satu alat yang berkesan untuk pengajaran Matematik. Kajian dari Universiti John Hopkins juga menunjukkan murid berminat dalam kelas yang menggunakan komputer secara efektif dan jarang ponteng kelas, malah mereka sudi memperuntukkan lebih masa untuk belajar menggunakan komputer. Di samping itu, murid juga lebih bersosial, lebih berdikari dan saling bekerjasama dalam menyelesaikan masalah serta sudi berkongsi informasi dan pengetahuan (Azman, 2000). Hasil kajian Fuchs & Alider (1993) menunjukkan pengajaran berbantukan komputer memanfaatkan murid. Murid akan menjadi lebih aktif, lebih menumpukan perhatian kepada tugasan dan kemahiran menyelesaikan masalah semakin meningkat. Selain itu, kajian Faridah (2001) telah membuktikan bahawa komputer mempercepat proses pembelajaran dan berpotensi untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik murid-murid khas. Kajian yang dijalankan oleh Phua, Ramasamy & Ang (1998) juga telah membuktikan wujudnya perbezaan pencapaian markah di antara murid yang diajar dengan kaedah pengajaran berbantukan komputer dengan kaedah pembelajaran tradisional.

5.0 Keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Membaca Menerusi Lagu dan
      Muzik

            Menurut Blair, Jones & Simpson (1991), murid yang lembam memerlukan bantuan untuk mencari bahan yang agak mudah dan menyeronokkan supaya kemahiran membaca bertambah pada kadar yang biasa baginya.Banyak kajian lepas telah dikendalikan untuk menguji keberkesanan muzik terhadap perkembangan mental kanak-kanak. Menurut ahli sains, kanak-kanak yang terdedah kepada muzik atau bermain instrumen muzik mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik. Hasil kajian Droscher (2006) mendapati bahawa pendedahan terhadap muzik mempercepat umur membaca, IQ dan perkembangan mental. Hasil kajian yang lalu juga telah menunjukkan bahawa muzik dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Lagu didapati membantu kanak-kanak dalam mengenali teks secara lebih berkesan berbanding dengan pertuturan (Colwell, 1994, Register, 2001 dan Standley & Hughes, 1997). Hasil kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian murid meningkat dengan menggunakan muzik dalam program membaca (Hansen & Bernstrof, 2002). Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993) mendapati wujudnya hubungan antara pencapaian membaca dan muzik.

            Muzik sebenarnya telah memberi peluang kepada murid yang menghadapi kesukaran membaca dan menulis dengan sifatnya yang dapat dimain berulangan kali, merdu dan penuh menyentuh perasaan (Gipe, 2002). Menurut kajian yang dijalankan oleh Schon et al (2007), lagu didapati memudahkan pembelajaran berbanding dengan pertuturan khasnya dalam pembelajaran sesuatu bahasa baru. Lagu mendatangkan fungsi emosi (keterbukaan dan kesenangan), dan juga memudahkan proses pembelajaran bahasa atas sebab strukturnya yang mudah dan berulang. Menurut Krashen (1982) pula, lagu membekalkan input bahasa di mana ia merupakan elemen penting dalam perolehan bahasa. Tindakan memainkan muzik dan lagu memotivasikan murid untuk menghadiri dan menumpu perhatian di dalam bilik darjah (Tan & Shi, 2005). Hasil kajian oleh Salcedo (2002) juga mendapati bahawa penggunaan lagu dalam bilik darjah bahasa asing mungkin membantu mengingati sesuatu teks. Selain itu, kejadian latihan mental dengan tidak sengaja (involuntary mental rehearsal / din) juga meningkat dengan wujudnya muzik. Justeru, muzik mungkin merupakan cara yang berkesan untuk perolehan bahasa.Menurut dapatan kajian yang dijalankan oleh Elisabeth (2005), keberhasilan pembelajaran bahasa sangat dipengaruhi oleh kemampuan seorang guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyenangkan kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak dikatakan suka menyanyi dan bergerak. Justeru, lagu dan aktiviti pergerakan adalah salah satu pendekatan yang efektif dalam pembelajaran bahasa. Kanak-kanak menjadi lebih senang dan mudah memahami melalui aktiviti nyanyian. Walau bagaimanapun, hasil kajian oleh Allen (2007) telah menunjukkan bahawa tiada terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian kemahiran membaca bagi murid ELL (English Language Learners) selepas satu tahun terlibat dalam kajian yang menggunakan pendekatan muzik dalam mempelajari bahasa (language-rich music lessons).

6.0 Teori Perkembangan Kanak-kanak

6.1 Teori Pembelajaran Bruner
            Jerome Bruner yang merupakan seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat. Beliau telah membahagikan perkembangan mental manusia kepada tiga tahap iaitu peringkat enaktif (0-2 tahun), peringkat ikonik (2-4 tahun) dan peringkat simbolik (5-7 tahun). Pada peringkat simbolik, kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol, seperti perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu bermulanya penaakulan simbolik (Khadijah, Mahani & Ramlah, 2007). Kesimpulannya, kanak-kanak dikatakan mempunyai kemampuan simbolik semasa Tahun Satu jika didedahkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

6.2 Teori Konstruktivisme
Menurut Borich & Tombari (1997), konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman ”binaan”. Dari kenyataan-kenyataan tersebut, jelaslah bahawa mengikut teori pembelajaran konstruktivisme, murid perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Sebaliknya, murid menerima maklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau
membuat interpretasi ke atas maklumat (Cheek, 1992, dalam Khadijah, Mahani & Ramlah, 2002). Menurut Dewey (1966), pembelajaran bermakna (meaningful learning) melibatkan ”belajar dengan membuat” (learning by doing), yang dapat membantu murid berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan.

            Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori konstruktivisme boleh dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Khadijah, Mahani & Ramlah, 2002).
• Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep.
• Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain.
• Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.
• Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap pandangan  mereka.
• Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.
• Menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk ”hands on” dan ”minds on”.
• Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.
• Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
• Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
• Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis.
• Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar.
• Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain.
• Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar.
• Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.
Justeru, pendekatan pembelajaran kemahiran membaca menerusi lagu dan muzik berasaskan komputer akan mengambil kira prinsip-prinsip tersebut.

7.0 Kesimpulan
Sehingga kini masih belum ada lagi kajian dan penggunaan pendekatan pembelajaran menerusi lagu dan muzik berasaskan komputer terhadap pembelajaran kemahiran membaca bagi murid Tahun Satu di negara ini. Jika pendekatan ini didapati berkesan, maka kaedah ini boleh dijadikan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan secara berterusan dalam mengajar kemahiran membaca.

Rujukan
Allen, D. (2007). Improving Language Acquisition Skills for English Language Learners
With Music Instruction. An Action Research Project. Shawnee Mission Board of
Education.
Azman Bin Kanil. (2000). ”Keberkesanan Kaedah Kuliah dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.” Sabah: Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan
Keningau.
Bernama.com (28 November 2006). 90 Peratus Murid Berjaya Kuasai Kemahiran 2M.